Sunday, November 28, 2010

Maaflah kepada pembaca...blog ni masih dalam pembikinan...bukan pandai sangat pun....baru nak belajar...

Oh ye..tahun depan harga kek terpaksa naik sikit..maklumla harga barang naik...serbuk koko dah rm 19.00 1kg...aduh...regular customer harap maklum...

Friday, November 26, 2010

Assalamualaikum...lama dah saya tidak mengupdate blog ni...maklumla sibuk dengan kerja di sekolah dan balik rumah jadi baker pulak...syukur atas nikmat tuhan...kalau boleh memang nak pergi lagi kursus pasal bakery ni...tp tak sempat aje.....

Kalau ada pembaca blog dari raub yang ingin menempah kek saya ,boleh la telefon saje.

school holidays







Cuti sekolah ni saya dan family berjalan sakan...Bermandi manda di Gambang Water Park.Kami sampai dari Raub ke Gambang dalam pukul 12 tghari. Bimbang juga ramai orang waktu cuti sekolah ni. Tapi alhamdullillah ....hari tu orang tak lah sesak seperti dalam blog -blog yang saya baca. Anak -anak tak sabar dah nak mandi...Kami main air sampai pukul 5 ptg.Malam tu kami bermalam dekat Annexe Kuantan. Makan malam di Tg.Lumpur....ikan pari bakar dll.Sampai kekenyangan.....

Thursday, November 25, 2010

Friday, March 13, 2009

SAMBUTAN HARI MAULIDUL RASUL

Pada 13.03.09 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah. Kami telah berarak bersama-sama murid dari masjid kampung ke sekolah. Perarakan diketuai oleh Ustaz Ridwan. Pada sebelah rehat, diadakan ceramah untuk murid-murid bagi mengenang peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Tuesday, March 10, 2009

Terkenang zaman persekolahan

Saya teringin bangat ingin berhubungan semula dengan kawan-kawan semasa di sekolah rendah
dahulu. saya bersekolah rendah di SKPPH Hulu Kinta, Perak. Darjah 6 di SK.Teruntum, Kuantan. Ayah seorang polis, jadi kami sering berpindah. Bersekolah menengah di SMKAA di
Kuantan. Melanjutkan pelajaran di SHAH , Pekan pada tahun 1989. Kami merupakan batch pertama di sekolah berasrama penuh yang baru itu. Kalau ada yang mengenali saya , bolehlah
email saya. Keluar MPTAA pada tahun 1994 dan terus posting di Temerloh. 1995, saya pun berkahwin.... dengan pilihan hati.Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin....


Gambar ini diambil semasa Kursus Membuat Biskut Raya di Aniz Baking Centre.